Jika anda bercadang untuk menjual kenderaan anda, anda di kehendaki untuk menukar pemunya kenderaan tersebut.
Proses ini adalah wajib oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Untuk menukar pemunya kenderaan, anda adalah di kehendaki mengisi Borang JPJ K3.
Dengan rasminya Borang JPJ K3 adalah di kenali sebagai Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar.
Di dalam borang tersebut, anda perlu mengisi:
1) Butir-butir kenderaan pemunya berdaftar seperti nombor pendaftaran, nombor kad pengenalan, nama, alamat dan kelas kegunaan.
2) Butir-butir pemunya baru seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat dan kelas kegunaan.
Untuk muat turun borang JPJ K3, sila klik link di bawah.